jemarimanik
Salam Perkenalan

Selamat datang ke blog sulaman manik dan labuci - My beading heart. Alhamdulillah, setelah sekian lama sekadar mengimpikan blog hasil sulaman tanganku sendiri, finally aku dapat menghasilkan blog pertamaku. (I think I deserved a pat on the shoulder for this, kudos to me).

Di sini jemarimanik ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudari Rosita Jaafar aka RJ (she's my Idol) kerana melalui buku penghasilan beliaulah aku mula berjinak-jinak dengan dunia sulaman manik dan labuci ini. Tidak ketinggalan juga terima kasih yang tak terhingga buat sifuku saudari Intan Mastura aka Imass melalui kelas sulaman manik dan labuci beliau yang kuhadiri. Juga tak ketinggalan beader-beader otai seperti pepari, noramanik, rozabeads dan ramai lagi yang menjadi inspirasiku dalam menghasilkan kerja seni yang rumit namun indah ini.

Sebagai pembuka tirai, lihatlah hasil kerja (next post) jemarimanik di atas busana koleksi sendiri dan juga busana antara pelanggan-pelanggan yg terawal membuat tempahan dengan jemarimanik walaupun baru dalam bidang sulam menyulam manik dan labuci ini. Terima kasih di ucapkan kepada pelanggan yang menaruh kepercayaan kepada hasil kerja jemarimanik.




We just launched our site. Please promote us to get more customers & thank you for visiting :)